Assalamualaikum,
Kelakar betul. Bukak je blog terus hilang idea nak tulis apa. Ingatkan nak meluah dekat sini kosongkan fikiran. Eh dah terlupa apa yang aku rasa tadi.
Oh ya! Dah ingat balik.
Aku sedih.. tetiba tersedar and tersapa yang aku ni takde kawan baik perempuan rupanya. Benda ni terdetik and triggered of course lah lepas beberapa event happened.
Normal kan untuk seorang perempuan ada bestfriend perempuan yang rapat? Aku takde. Dulu aku pernah ada, AA. Aku kenal dia masa diploma tapi lepas satu perkara besar terjadi aku hilang dia. Terbongkar jugak true perasaan dia dalam berkawan dengan aku. We are no longer contacting ever since. Nanti ada masa akan aku ceritakan. Sedih beb. Cerita dia camni.. aku melawat adik ipar perempuan aku AB yang ada complication mengandung and warded. Masa tu dia ditemani kawan baik dia. Yang ada dengan dia makan together, drive dia, teman, tolong and buat everything bersama lah. Sedang aku renung, aku tersedar la aku takde. Bukan aku jealous ke apa tau, tak punca pulak nak jealous. Aku just terdetik.. bestnya dia ada bestfriend. How lucky she is. And how lucky kawan dia tu ada dia jugak dalam susah senang. In fact, dia ada ramai kawan baik. Kadang aku terfikir. Ke sebab aku jahat sangat takde kawan. Kenapa sesetengah orang ada ramai kawan baik? Aku sorang pun takde. Pastu aku ada tengok cerita dekat Netflix tajuk dia The Heart of Suhita. Alina Suhita tu pun ada kawan baik dia. Alah dalam movie or drama dia punya heroin mesti ada kawan baik punya. Aku je kot lone ranger.
Dulu kawan baik aku umi aku. Tapi sekarang pun aku ada conflict dengan dia lepas kahwin. Pastu sorang lagi nenek aku belah abah yang aku panggil mok. Tapi mok pun dah takde dah meninggal. Dua orang tu aku anggap kawan baik aku sebab they love me unconditionally sebab aku anak mereka, cucu mereka dan dorang sayang aku. Pastu sorang lagi sepupu aku IS. Tapi sepupu aku tu jarak umur kitorang beza so korang faham kan macam mana? Pastu adik perempuan aku ZH aku takde la rapat mana biasa je sebab masa kecik selalu gaduh and kitorang tak selalu sebulu. Sekarang, dia pun dah kahwin and duduk jauh, negeri berbeza. Aku KL, dia Johor. Kalau dia duduk KL best nya mesti aku selalu lepak dengan dia.
Dah tua-tua ni bukannya senang nak start semula cari kawan baru. Korang faham kan? Aku ada la kawan-kawan perempuan yang agak close tapi occasionally jumpa.. and semua ni pun bukanlah orang yang aku selesa luahkan segala isi hati aku without feeling being judged.
Kawan sekolah menengah:
1. CA
2. FN
3. NA
Isteri kepada kawan husband aku:
4. NZH
5. AD
Kawan housemate waktu kerja masa belum kahwin:
6. AA
7. AS
Kawan masa degree:
8. DZ
Tu jelah kawan aku ada setakat ni. Benda ni buat aku terfikir, kalau aku susah siapa nak ada dengan aku selain suami aku, parents and adik-beradik? Sedih lah. Aku nak jugak ada kawan baik. Semoga Allah bagi aku ada kawan baik dekat dunia ni.. amin.